FACULTY OF CREATIVE TECHNOLOGY AND HERITAGE
Universiti Malaysia Kelantan

Majlis Anugerah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM)


Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) menerima ANUGERAH SEMANGAT KEMANUSIAAN sempena Majlis Anugerah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan Pingat Semangat Kemanusiaan Tahun 2022 yang berlangsung di di Ibu Pejabat Negeri BSMM Negeri Kelantan, Kota Bharu. Anugerah ini diberikan kepada FTKW bagi menghargai kerjasama dan komitmen yang tak berbelah bahagi para pensyarah dan staf FTKW dalam menjalankan aktiviti khidmat sosial dan kemanusiaan terutamanya semasa negara berdepan dengan pandemik Covid-19. Dalam majlis ini, Dr. Hanisa binti Hassan (Dekan FTKW) telah mewakili fakulti untuk menerima anugerah yang disempurnakan oleh Yang Mulia Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, Tengku Kaya Perkasa merangkap Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan.
Date: 25-Feb-2023


NEWSLETTER

Subscribe and get latest news regarding our faculty